Tuesday, 9 August 2011

PENYEDIAAN SABUN : PROSES SAPONIFIKASI







PENYEDIAAN SABUN : TINDAK BALAS SAPONIFIKASI
Minyak sawit + Natrium hidroksida --> sabun + gliserol
Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi
Masalah : Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam makmal?
 Pemboleh ubah : 
dimanipulasikan : minyak sayuran
bergerak balas : sabun terhasil
dimalarkan : kuantiti larutan Natrium hidroksida, NaOH, kuatiti minyak 
 Hipotesis : Apabila minyak sayuran didihkan dengan larutan alkali maka sabun akan terhasil
1. Tuangkan 10cm3 minyak sawit ke dalam sebuah bikar
2. Kemudian tuangkan 50cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH kedalam bikar itu.
3.Panaskan campuran di dalam bikar sehingga mendidih sambil mengacau campuran dengan rod kaca.
wan syazwani mengacau campuran minyak sawit + NaOH
Ustz fuad mengacau campuran minyak sawit + NaOH sambil shahril menyediakan corong penurasan

Mereka gembira melakukan eksperimen ini...:)
4.Biarkan campuran mendidih selama 10 minit.
5. Padamkan api.
6. Tambahkan 50 cm3 air suling dan beberapa spatula pepejal Natrium klorida, NaCl ke dalam campuran itu sambil mengacau sehingga pepejal yang terapung kelihatan.
7.Didihkan campuran di dalam bikar selama 5 minit lagi.

Farahin menambahkan NaCl dan air suling kedalam campuran yang telah dididihkan
Shahirah menyambung proses mendidihkan campuran selama 5 minit lagi



8.Padamkan api
9.Biarkan hasil menyejuk pada suhu bilik
Hasil dibiarkan menyejuk pada suhu bilik
10.Turaskan hasil yang terbentuk
penurasan dijalankan oleh shahirah dan fatonah
 11.Basuh baki turasan dengan air suling pada radas penurasan
12.keringkan pepejal dengan kertas turas
proses pengeringan sabun
13.Periksa pepejal yang terbentuk. Rasa pepejal dengan jari. Masukkan sedikit pepejal dalam tabung uji dan tambahkan 5 cm3 air dalam tabung uji. Rekodkan pemerhatian
14. Ulangi langkah 1 hingga 13 dengan menggunakan minyak sayuran lain seperti minyak jagung.

Pemerhatian : pepejal putih berasa licin terhasil dan kemudiannya di masukkan ke dalam tabung uji

air ditambah ke dalam tabung uji

Tabung uji digoncangkan

Pemerhatian : buih terbentuk
eksperimen BERJAYA  
Inferens : Pepejal putih yang terhasil ialah sabun. 
Kesimpulan : Sabun dapat dihasilkan dengan memanaskan sebarang minyak sayuran dengan larutan Natrium hidroksida, NaOH melalui proses Saponifikasi. Hipotesis diterima
 Eksperimen ini dijalankan oleh pelajar kesayanganku 5 ST...:)

2 comments:

  1. super sekali ,semoga pendidikan di indonesia juga bisa sebaik ini :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...