Tuesday 16 August 2011

SEL RINGKAS










Aktiviti di bawah adalah pembinaan sel ringkas oleh pelajarku 4ST menggunakan kepingan kuprum dan magnesium yang dicelupkan dalam larutan Natrium klorida :
TERMINAL NEGATIF = MAGNESIUM
TERMINAL POSITIF = KUPRUM
ELEKTROLIT = NATRIUM KLORIDA






Friday 12 August 2011

BAHAN KOMPOSIT

-Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian sebatian seperti aloi,logam, kaca, polimer dan seramik. 
-Sifat bahan komposit yang dihasilkan ialah lebih baik daripada komponen yang asal.
 

Thursday 11 August 2011

AMMONIA

PEMBUATAN AMMONIA :
Proses pembuatan ammonia : Proses haber

Dalam proses haber:
1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3
N2(g) + 3H2(g) à 2NH3(g)
    Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas asli metana.
    Gas nitrogen, N2 diperoleh melalui penyulingan berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam bentuk cecair.
2. Campuran gas dialirkan ke atas sebuk ferum(mangkin) pada suhun 450-500°C dan dimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera.
3.Gas ammonia, NH3 yang diperoleh disejukkan (suhu -50°C) sehingga menjadi cecair ammonia, NH3(ce)




ASID SULFURIK

 PEMBUATAN ASID SULFURIK
Nama proses pembuatan asid sulfurik ialah : Proses sentuh
Carta alir berikut meringkaskan proses penghasilan asid sulfurik:
3 peringkat penghasilan asid sulfurik boleh dihuraikan seperti berikut berdasarkan carta alir di atas :



KEGUNAAN ASID SULFURIK :

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBUATAN ASID SULFURIK:


Tuesday 9 August 2011

PENYEDIAAN SABUN : PROSES SAPONIFIKASI







PENYEDIAAN SABUN : TINDAK BALAS SAPONIFIKASI
Minyak sawit + Natrium hidroksida --> sabun + gliserol
Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi
Masalah : Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam makmal?
 Pemboleh ubah : 
dimanipulasikan : minyak sayuran
bergerak balas : sabun terhasil
dimalarkan : kuantiti larutan Natrium hidroksida, NaOH, kuatiti minyak 
 Hipotesis : Apabila minyak sayuran didihkan dengan larutan alkali maka sabun akan terhasil
1. Tuangkan 10cm3 minyak sawit ke dalam sebuah bikar
2. Kemudian tuangkan 50cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH kedalam bikar itu.
3.Panaskan campuran di dalam bikar sehingga mendidih sambil mengacau campuran dengan rod kaca.
wan syazwani mengacau campuran minyak sawit + NaOH
Ustz fuad mengacau campuran minyak sawit + NaOH sambil shahril menyediakan corong penurasan

Mereka gembira melakukan eksperimen ini...:)
4.Biarkan campuran mendidih selama 10 minit.
5. Padamkan api.
6. Tambahkan 50 cm3 air suling dan beberapa spatula pepejal Natrium klorida, NaCl ke dalam campuran itu sambil mengacau sehingga pepejal yang terapung kelihatan.
7.Didihkan campuran di dalam bikar selama 5 minit lagi.

Farahin menambahkan NaCl dan air suling kedalam campuran yang telah dididihkan
Shahirah menyambung proses mendidihkan campuran selama 5 minit lagi



8.Padamkan api
9.Biarkan hasil menyejuk pada suhu bilik
Hasil dibiarkan menyejuk pada suhu bilik
10.Turaskan hasil yang terbentuk
penurasan dijalankan oleh shahirah dan fatonah
 11.Basuh baki turasan dengan air suling pada radas penurasan
12.keringkan pepejal dengan kertas turas
proses pengeringan sabun
13.Periksa pepejal yang terbentuk. Rasa pepejal dengan jari. Masukkan sedikit pepejal dalam tabung uji dan tambahkan 5 cm3 air dalam tabung uji. Rekodkan pemerhatian
14. Ulangi langkah 1 hingga 13 dengan menggunakan minyak sayuran lain seperti minyak jagung.

Pemerhatian : pepejal putih berasa licin terhasil dan kemudiannya di masukkan ke dalam tabung uji

air ditambah ke dalam tabung uji

Tabung uji digoncangkan

Pemerhatian : buih terbentuk
eksperimen BERJAYA  
Inferens : Pepejal putih yang terhasil ialah sabun. 
Kesimpulan : Sabun dapat dihasilkan dengan memanaskan sebarang minyak sayuran dengan larutan Natrium hidroksida, NaOH melalui proses Saponifikasi. Hipotesis diterima
 Eksperimen ini dijalankan oleh pelajar kesayanganku 5 ST...:)

Monday 8 August 2011

PENEUTRALAN













video di bawah menunjukkan tindak balas peneutralan memalui kaedah pentitratan asid bes menggunakan asid hidroklori, HCl dengan Natrium hidroksida, NaOH menggunakan penunjuk fenolfatlein


video sumber youtube :klik to youtube page
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...