Tuesday 19 July 2011

TIPS EKSPERIMEN FORMULA EMPIRIK

2 jenis eksperimen yang bergantung kepada kereaktifan oksida logam
LOGAM REAKTIF
Formula empirik ditentukan dengan membakar logam dalam udara (tindak balas pengoksidaan)
contoh oksida logam reaktif seperti :
Magnesium oksida
Kalsium oksida 
Zink oksida 
Aluminium oksida 
susunan radas untuk penentuan formula empirik oksida logam reaktif :
Pemerhatian :

Bahan
Jisim
Jisim mangkuk pijar + penutup
X g
Jisim mangkuk pijar + penutup + pita magnesium
Y g
Jisim mangkuk pijar + penutup +  magnesium oksida
Z g
               
Pengiraaan : 
Jisim magnesium = (y – x ) g
Jisim oksigen berpadu dgn magnesium = (z – y )g   
     
Unsur
Mg
O
Jisim
( y – x )g
(z – y) g
Bilangan mol
( y – x ) g
    24
 (z – y) g
    16
Nisbah terkecil
a
b
                          
 [jisim atom relatif : Mg =24, O=16]
Formula empirik Magnesium oksida = MgaOb 
Langkah berjaga-jaga:
1.pita magnesium dibersihkan dengan kertas pasir untuk menyingkirkan sebarang oksida yang terbentuk
dipermukaan logam magnesium.
2. semasa pemanasan, penutup mangkuk pijar mesti dibuka sekali sekala bertujuan :
   - penutup dibuka untuk tujuan membenarkan oksigen dari udara masuk bertindak balas dengan magnesium.
   -penutup ditutup untuk mencegah wasap putih magnesium oksida yang terbentuk daripada terbebas keluar.

LOGAM KURANG REAKTIF 
Formula empirik ditentukan dengan menjalankan tindak balas penurunan dengan hidrogen. Hidrogen yang reaktif boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang aktif (tindak balas penurunan)
contoh oksida kurang reaktif :
kuprum oksida
plumbum oksida
argentum oksida
susunan radas untuk penentuan formula empirik oksida logam kurang reaktif :
 
Pemerhatian :

Bahan
Jisim
Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos
a  g
Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos + kuprum(II) oksida
b  g
Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos + logam kuprum
c  g
                
 Pengiraaan : 
Jisim kuprum(II) oksida yang digunakan  = (b – a ) g 
Jisim logam kuprum yang dihasilkan = (c – a ) g 
Jisim oksigen berpadu dgn kuprum = ( b – c )g   
     
Unsur
Cu
O
Jisim
( c –  a)g
(b – c) g
Bilangan mol
( c – a ) g
    64
 (b – c) g
    16
Nisbah terkecil
p
q
[jisim atom relatif : Cu =64, O=16]
Formula empirik Kuprum(II) oksida = CupOq 
Langkah berjaga-jaga:
1.Gas hidrogen dilalukan melalui radas selama beberapa minit untuk memastikan semua udara disingkirkan.
2.Pengaliran gas hidrogen mesti berterusan sepanjang eksperimen supaya udara tidak masuk kedalam radas
jadi hidrogen dihujung tiub pembakaran mesti terus menyala.
3.Semasa penyejukkan logam, gas hidrogen berterusan dialirkan untuk mengelakkan logam yang masih panas
dioksidakan semula oleh oksigen diudara.

19 comments:

  1. assalamualaikum.......cikgu...background blog kurang sesuai

    ReplyDelete
  2. maaf cikgu. boleh saya tanya 1 so. apa sebb lgkah bjga jga apbla nylaan dinyalakn spt d rjh formula empirik kuprum

    ReplyDelete
  3. maaf cikgu. boleh saya tanya 1 so. apa sebb lgkah bjga jga apbla nylaan dinyalakn spt d rjh formula empirik kuprum

    ReplyDelete
  4. Nak tny ckgu..klu xde kertas asbestos boleh ganti dengan apa erk..

    ReplyDelete
  5. Nak tny ckgu..klu xde kertas asbestos boleh ganti dengan apa erk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendaaa piii

      💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩💩

      Delete
  6. 🎈 Happy Birthday!
         🔥      🔥      🔥
         📍      📍      📍
         📍      📍      📍
    🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
    🎂🍓🎂🍓🎂🍓🎂🍓
    🍓🎂🍓🎂🍓🎂🍓🎂
    🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂
    🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

    ReplyDelete
  7. Assalam cikgu, nak tanya macam mana nak tentukan bahawa tindakbalas kuprum oksida dengan gas hidrogen dah lengkap? dan langkah barjaga jaga sebelum memanaskan kuprum ii oksida?

    ReplyDelete
  8. Ade tak cnth jisim mangkuk pijar smua tu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cg. Bagaimana untuk menentukan Tindak Balas bagi eksperimen Logan reaktif lengkap?

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak cara Z kalau dia tak bagi nilai Z tu??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...