Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab. Pelajar harus tahu kata tugas untuk memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.
Contoh: Namakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa. Jawapan: Stanum Bukan: Sn | |
Contoh: Nyatakan satu sifat asid. Jawapan: Menukarkan litmus biru kepada merah. | |
Contoh: Nyatakan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam asid hidroklorik. Jawapan: Pembuakan/gelembung gas. Bukan: Gas hidrogen terbebas. > Menulis perubahan warna asal dan warna akhir. Contoh: Nyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat. Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna. | |
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran atom kuprum. | |
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon. Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja. Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen. | |
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+. Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk. | |
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir. Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas. Bunyi’pop’ terhasil. Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala. | |
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat bermula daripada pepejal kuprum(II)oksida. Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan. | |
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida tidak boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh. Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat kuat oleh daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila dileburkan ion-ion bergerak bebas. | |
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas yang lebih besar. Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah. | |
Bezakan | > Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara. Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan sebatian kovalen. Jawapan:[Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen] |
(i) Radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam) (ii) Label (iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek. (iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah. | |
> (ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul. Semua petala ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul. | |
> Skala yang sesuai, > Pemindahan titik betul, > Bentuk dan graf licin. > Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf. | |
> 2 garis ufuk dan tenaga dilabel. > Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul. | |
SUMBER :
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php
No comments:
Post a Comment