Monday, 24 August 2015


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KIMIA
 
 
 
Ahamdullilah selesai bengkel teknik menjawab kimia.  Bengkel ini disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman iaitu 35 tahun dalam mengajar dan memeriksa kertas kimia.Diharapkan ilmu yang dikongsikan akan dimanfaatkan oleh anak didik yang bakal menduduki SPM 2015
 Penyerahan cenderahati oleh PK Pentadbiran wakil pengetua merangkap wakil pentadbir yang sgt menyokong program panitia.

 Pk pentadbiran, ketua bidang dan penceramah

 Penceramah berkongsi teknik menjawab terkini.

 Pelajar khusyuk mendengar pengkongsian

 Ketua bidang sains dan matematik bersama barisan guru kimia bergambar kenangan dengan penceramah.
 

 


 

Thursday, 13 August 2015

TINDAKAN PENCUCIAN SABUN

Hasil daripada eksperimen sabun yang dibuat oleh pelajar 5 IBS mereka menyambung dengan menggunakan sabun yang terhasil untuk tindakan pencucian sabun





Tindakan mencuci bergantung kepada struktur sabun dan detergen.
2 bahagian struktur sabun dan detergen:
Kepala ionik = bersifat hidrofilik
Kepala ionik larut dalam air
Ekor hidrokarbon = bersifat hidrofobik
Ekor hidrokarbon larut dalam minyak
 





mereka dengan hasil cucian mereka... gembira..:)
 
PENYEDIAAN SABUN


Proses penyediaan sabun = SAPONIFIKASI
Saponifikasi ialah proses di mana natrium hidroksida atau kalium hidroksida bertindak balas dengan lemak haiwan atau minyak tumbuhan.
Saponifikasi = hidrolisis ester beralkali menggunakan larutan alkali
JOM BUAT SABUN DENGAN PELAJAR 5 IBNUSINA..
1. 100 cm3 Minyak + 200cm3 Natrium hidroksida (5 mol )  dicampurkan dan dipanaskan selama 10 minit

2. Api di padamkan dan ditambah 3 spatula  pepejal Natrium klorida






4. Campuran di panaskan semula selama 5 minit

5.Campuran dibiarkan menyejuk pada suhu bilik dan dituras



6. Pepejal baki penurasan iaitu sabun dikeringkan




7. Hasil dimasukkan kedalam tabung uji dan dicamput air suling. Buih terbentuk menunjukkan eksperimen berjaya iaitu sabu terhasil.




mereka berjaya dengan sabun yang dibuat.....

EKSPERIMEN HABA PEMBAKARAN

















Friday, 1 May 2015

HARI SAINS DALAM PENDIDIKAN


Alhamdullilah

syukur telah berjaya melaksanakan satu tanggungjawab panitia sains menyelaras
 HARI SAINS DALAM PENDIDIKAN 2015
Ingin dikongsikan tentang kenangan membuat demo eksperimen dengan pelajar...
demo ini semua tercetusnya hasil daripada silibus kimia yang diolah dalam cara yang lain setelah diuji, diteliti dan dirujuk dari pelbagai sumber maka terhasillah demo ini

kisah demoa pertama ; 
NAMA = JIN DALAM BOTOL
tapi lupa nak bgtau time demo..hehehe
konsep jin dalam botol ni adalah bab kadar tindak balas faktor mangkin
dalam demo ini menggunakan Hidrogen peroksida 35% dengan kehadiran mangkin Mangan (V) oksida maka terhasilah penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen
asap yang keluar itu lah seolah-olah asap jin dari botol yang sebenarnya gas oksigen...

 tada... asap misteri yang terhasil hasil penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen dengan kehadiran mangkin

Demo kedua
NAMA DEMO : BUIH GERGASI
yang biasa ja. menghasilkan buih yang besar.. sebenarnya ni adalah konsep sabun ada juga dalam silibus kimia tingkatan 5.. 
cara penyediaanya sabun mesti joy sebab kepekatannya tinggi ditambah dalam air, tepung jagung  dan gliserin... 
besar juga buih yang terhasil.. tapi kalau perap lama siki lebih baik dan akan dapat buih yang lagi tahan lama sebab campuran akan sebati dengan gliserin.

Demo ketiga
NAMA DEMO ; bakar tangan

demo yang ketiga ni paling dapat sambutan sebab macam aksi stunt..
demo ni menggunakan air dan sabun  di campur dan gas butana ditekan membentuk buih..
tangan akan dibasahkan dengan air sabun dan diambil buih dan dibakar ditangan tanpa mencederakan tangan...
demo ni juga menggunakan konsep kimia ada dlm silibus tingkatan lima iaitu pembakaran alkana
butana adalah salah satu daripada siri homolog alkana
pembakaran alkana akan menghasilkan api yang mempunyai nyalaan jingga yang kurang panas...
sebenarnaya konsep asas pembakaran digunakan dalam demo ni iaitu apabila salah satu daripada syarat pembakaran dihalang pembakaran tidak akan berlaku iaitu tangan tidak terbakar kerana tangan dilindungi oleh air dan buih-buih sabun..
bahan bakar iaitu gas butana terperangkap dalam buih sabun menyebabkan tangan diterselamat daripada terbakar...
tada... bakar tangan yang menjadi demo yang paling popular.. apa pn sebenarnya sains adalah sangat menarik bila diterokai...

Tuesday, 31 March 2015

Isomerisme

Hi.. ingt tajuk ni.. ingt upin ipin.. nmpk sama tapi berbeza..

Jadi apa kaitan dgn upin ipin dgn isomerisme?????

Ok la. Di pendekan cerita..

Isomerisme ialah kejadian dimana sebatian mempunyai formula molekul yg sama tapi formula struktur yang berbeza..

Sebatian yg mempunyai

 formula molekul sama dan formula struktur berbeza dikenali sebagai isomer..

Jd isomer = upin ipin.. upin ipin sama genetik tp ada yg membezakan iaitu kehadiran jambul di kepala...hehe

Isomer alkana:
-3 ahli pertama alkana tiada isomer maksudnya metana,etana dan propana tiada isomer
-isomer alkana bermula dari butana
-butana ada 2 isomer..

Isomer alkena:
-2 ahli pertama iaitu etena dan propena tiada isomer.
-isomer alkena mula dgn butena
-butena ada 3 isomer.

Berikut aktiviti isomerisme.. model  dari bawang..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...