Monday, 24 August 2015


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN KIMIA
 
 
 
Ahamdullilah selesai bengkel teknik menjawab kimia.  Bengkel ini disampaikan oleh penceramah yang cukup berpengalaman iaitu 35 tahun dalam mengajar dan memeriksa kertas kimia.Diharapkan ilmu yang dikongsikan akan dimanfaatkan oleh anak didik yang bakal menduduki SPM 2015
 Penyerahan cenderahati oleh PK Pentadbiran wakil pengetua merangkap wakil pentadbir yang sgt menyokong program panitia.

 Pk pentadbiran, ketua bidang dan penceramah

 Penceramah berkongsi teknik menjawab terkini.

 Pelajar khusyuk mendengar pengkongsian

 Ketua bidang sains dan matematik bersama barisan guru kimia bergambar kenangan dengan penceramah.
 

 


 

Thursday, 13 August 2015

TINDAKAN PENCUCIAN SABUN

Hasil daripada eksperimen sabun yang dibuat oleh pelajar 5 IBS mereka menyambung dengan menggunakan sabun yang terhasil untuk tindakan pencucian sabun





Tindakan mencuci bergantung kepada struktur sabun dan detergen.
2 bahagian struktur sabun dan detergen:
Kepala ionik = bersifat hidrofilik
Kepala ionik larut dalam air
Ekor hidrokarbon = bersifat hidrofobik
Ekor hidrokarbon larut dalam minyak
 





mereka dengan hasil cucian mereka... gembira..:)
 
PENYEDIAAN SABUN


Proses penyediaan sabun = SAPONIFIKASI
Saponifikasi ialah proses di mana natrium hidroksida atau kalium hidroksida bertindak balas dengan lemak haiwan atau minyak tumbuhan.
Saponifikasi = hidrolisis ester beralkali menggunakan larutan alkali
JOM BUAT SABUN DENGAN PELAJAR 5 IBNUSINA..
1. 100 cm3 Minyak + 200cm3 Natrium hidroksida (5 mol )  dicampurkan dan dipanaskan selama 10 minit

2. Api di padamkan dan ditambah 3 spatula  pepejal Natrium klorida






4. Campuran di panaskan semula selama 5 minit

5.Campuran dibiarkan menyejuk pada suhu bilik dan dituras



6. Pepejal baki penurasan iaitu sabun dikeringkan




7. Hasil dimasukkan kedalam tabung uji dan dicamput air suling. Buih terbentuk menunjukkan eksperimen berjaya iaitu sabu terhasil.




mereka berjaya dengan sabun yang dibuat.....

EKSPERIMEN HABA PEMBAKARAN

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...