blog ini di bangunkan pada 12 jun 2011 utuk dijadikan ruangan perkongsian maklumat tentang kimia spm khususnya untuk pelajar-pelajar tingkatan 5ST & 4ST SMK Ayer Hangat dan secara amnya bagi sesiapa yang ingin berkongsi ilmu tentang kimia..
Tuesday, 16 August 2011
SEL RINGKAS
Aktiviti di bawah adalah pembinaan sel ringkas oleh pelajarku 4ST menggunakan kepingan kuprum dan magnesium yang dicelupkan dalam larutan Natrium klorida :
TERMINAL NEGATIF = MAGNESIUM
TERMINAL POSITIF = KUPRUM
ELEKTROLIT = NATRIUM KLORIDA
Friday, 12 August 2011
BAHAN KOMPOSIT
-Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian sebatian seperti aloi,logam, kaca, polimer dan seramik.
Thursday, 11 August 2011
AMMONIA
PEMBUATAN AMMONIA :
Proses pembuatan ammonia : Proses haber
Dalam proses haber:
1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3
Proses pembuatan ammonia : Proses haber
Dalam proses haber:
1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3
N2(g) + 3H2(g) à 2NH3(g)
Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas asli metana.
Gas nitrogen, N2 diperoleh melalui penyulingan berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam bentuk cecair.
2. Campuran gas dialirkan ke atas sebuk ferum(mangkin) pada suhun 450-500°C dan dimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera.
3.Gas ammonia, NH3 yang diperoleh disejukkan (suhu -50°C) sehingga menjadi cecair ammonia, NH3(ce)
ASID SULFURIK
PEMBUATAN ASID SULFURIK
Nama proses pembuatan asid sulfurik ialah : Proses sentuh
Carta alir berikut meringkaskan proses penghasilan asid sulfurik:
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBUATAN ASID SULFURIK:
Nama proses pembuatan asid sulfurik ialah : Proses sentuh
Carta alir berikut meringkaskan proses penghasilan asid sulfurik:
3 peringkat penghasilan asid sulfurik boleh dihuraikan seperti berikut berdasarkan carta alir di atas :
KEGUNAAN ASID SULFURIK :
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBUATAN ASID SULFURIK:
Tuesday, 9 August 2011
PENYEDIAAN SABUN : PROSES SAPONIFIKASI
PENYEDIAAN SABUN : TINDAK BALAS SAPONIFIKASI
Minyak sawit + Natrium hidroksida --> sabun + gliserol
Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi
Masalah : Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam makmal?
Pemboleh ubah :
dimanipulasikan : minyak sayuran
bergerak balas : sabun terhasil
dimalarkan : kuantiti larutan Natrium hidroksida, NaOH, kuatiti minyak
Hipotesis : Apabila minyak sayuran didihkan dengan larutan alkali maka sabun akan terhasil
Tujuan : Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi
Masalah : Bagaimanakah sabun dapat disediakan di dalam makmal?
Pemboleh ubah :
dimanipulasikan : minyak sayuran
bergerak balas : sabun terhasil
dimalarkan : kuantiti larutan Natrium hidroksida, NaOH, kuatiti minyak
Hipotesis : Apabila minyak sayuran didihkan dengan larutan alkali maka sabun akan terhasil
1. Tuangkan 10cm3 minyak sawit ke dalam sebuah bikar
2. Kemudian tuangkan 50cm3 larutan natrium hidroksida, NaOH kedalam bikar itu.
3.Panaskan campuran di dalam bikar sehingga mendidih sambil mengacau campuran dengan rod kaca.
wan syazwani mengacau campuran minyak sawit + NaOH |
Ustz fuad mengacau campuran minyak sawit + NaOH sambil shahril menyediakan corong penurasan |
Mereka gembira melakukan eksperimen ini...:) |
5. Padamkan api.
6. Tambahkan 50 cm3 air suling dan beberapa spatula pepejal Natrium klorida, NaCl ke dalam campuran itu sambil mengacau sehingga pepejal yang terapung kelihatan.
7.Didihkan campuran di dalam bikar selama 5 minit lagi.
Farahin menambahkan NaCl dan air suling kedalam campuran yang telah dididihkan |
Shahirah menyambung proses mendidihkan campuran selama 5 minit lagi |
9.Biarkan hasil menyejuk pada suhu bilik
Hasil dibiarkan menyejuk pada suhu bilik |
penurasan dijalankan oleh shahirah dan fatonah |
12.keringkan pepejal dengan kertas turas
proses pengeringan sabun |
14. Ulangi langkah 1 hingga 13 dengan menggunakan minyak sayuran lain seperti minyak jagung.
Pemerhatian : pepejal putih berasa licin terhasil dan kemudiannya di masukkan ke dalam tabung uji |
air ditambah ke dalam tabung uji |
Tabung uji digoncangkan |
Pemerhatian : buih terbentuk |
eksperimen BERJAYA
Inferens : Pepejal putih yang terhasil ialah sabun.
Kesimpulan : Sabun dapat dihasilkan dengan memanaskan sebarang minyak sayuran dengan larutan Natrium hidroksida, NaOH melalui proses Saponifikasi. Hipotesis diterima
Eksperimen ini dijalankan oleh pelajar kesayanganku 5 ST...:)
Monday, 8 August 2011
PENEUTRALAN
video sumber youtube :klik to youtube page
Subscribe to:
Posts (Atom)