Wednesday, 12 October 2011

SESI FOTOGRAFI SEKOLAH

Tik tok.. tik tok Sebulan lagi ja nak cuti sekolah... jadi dalam kesibukkan hari-hari terakhir ni sempat g pose untuk utuk kenangan tahun 2011... chewa2.. cam boleh pindah jer.. harap2 dapat la...:)

Asyik dok tulis pasal pelajaran ja jom layan plak gambar2 kenangan sekolah yang di adakan untuk majalah sekolah...yang ada gambar saya jer la....kikiki

antaranya..............
Barisan guru SMK Ayer Hangat, Langkawi Kedah

Ajk Kelab Keselamatan Jalan Raya (MKJR)

Rumah sukan juara MERAH

AJK kelab Sepak Takraw...

Pengakap SMK AYER HANGAT...

Wednesday, 21 September 2011

PENUNJUK ASID DAN BES





Penentuan sifat asid dan bes boleh dijalankan dengan menggunakan penunjuk asid bes.
Penunjuk selalu digunaka dalam makmal antaranya ialah :
a) penolphthalein
b) metil jingga
c) penunjukk semesta 


PHENOLPHTALEIN:
Phenolphtalein dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral
Berikut adalah warna penunjuk :


asid = tidak berwarna
neutral = tidak berwarna
alkali = pink


METIL JINGGA :
metil jingga  dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral
Berikut adalah warna penunjuk :


asid = merah
neutral = jingga
alkali =kuning


PENUNJUK SEMESTA :
-penunjuk semesta dititiskan dalam bahan yang diuji akan menjukkan warna yang berbeza bergantung kepada sifat bahan sama ada asid, alkali atau neutral.
-kelebihan menggunakan penunjuk semesta ialah nilai pH boleh ditentukan berdasarkan warna yang terbentuk. 


Berikut adalah warna penunjuk semesta dan nilai pH:

~larutan kami bersifar asid~


Asid :
pH 0 - 2= Merah
pH 3 = Merah jingga
pH 4 = Jingga
pH 5 = Jingga kuning
pH 6 = kuning 


~Larutan kami bersifat neutral~

Neutral : pH 7 = Hijau


~larutan kami bersifat alkali~


Alkali:
pH 8 = Hijau biru 
pH 9 - 10 = biru
pH 11 = Biru unggu
pH 12 - 14 = unggu

~kami skala pH~
biru - unggu = alkali , hijau = neutral, merah - kuning = asid


kwn2 yang lain yg tak hadir jangan jeles...:)








Monday, 5 September 2011

KOLEKSI PERCUBAAN SPM KIMIA 2011

Hi,
lama rasanya x update blog ni.. bukan apa maklum la kn raya la katakan... jadi rasanya belum terlambat untuk diucapkan selamat hari raya aidilfitri walaupun hari ni dah raya ke 7...hehehe
Raya tu raya jugak ea... wahai pelajar2 ku jangan lupa SPM makin menghampiri kita.. eh salah2 makin menghampiri anda semua...cikgu dah 8 thn dah amik...kikiki
jadi tak mau melalut banyak2..
Disini cikgu postkan antara percubaan kimia 2011...
sumbernya di bankSoalanSPM  dan mychildrenschool TQ kepada tuan empunya blog yang berkongsi..:)
KLIK LINK dibawah untuk DOWNLOAD :

1. KEDAH : K1,K2,K3 & JWPN
2. SBP : K1,K2,K3 & JWPN
3.JOHOR : K1,K2,K3 & JWPN
4.PERAK : K2

Tuesday, 16 August 2011

SEL RINGKAS










Aktiviti di bawah adalah pembinaan sel ringkas oleh pelajarku 4ST menggunakan kepingan kuprum dan magnesium yang dicelupkan dalam larutan Natrium klorida :
TERMINAL NEGATIF = MAGNESIUM
TERMINAL POSITIF = KUPRUM
ELEKTROLIT = NATRIUM KLORIDA






Friday, 12 August 2011

BAHAN KOMPOSIT

-Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua atau lebih sebatian sebatian seperti aloi,logam, kaca, polimer dan seramik. 
-Sifat bahan komposit yang dihasilkan ialah lebih baik daripada komponen yang asal.
 

Thursday, 11 August 2011

AMMONIA

PEMBUATAN AMMONIA :
Proses pembuatan ammonia : Proses haber

Dalam proses haber:
1. Gas hidrogen, H2 dan gas nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/ mol 1:3
N2(g) + 3H2(g) à 2NH3(g)
    Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas asli metana.
    Gas nitrogen, N2 diperoleh melalui penyulingan berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam bentuk cecair.
2. Campuran gas dialirkan ke atas sebuk ferum(mangkin) pada suhun 450-500°C dan dimampatkan di bawah tekanan antara 200-500 atmosfera.
3.Gas ammonia, NH3 yang diperoleh disejukkan (suhu -50°C) sehingga menjadi cecair ammonia, NH3(ce)




ASID SULFURIK

 PEMBUATAN ASID SULFURIK
Nama proses pembuatan asid sulfurik ialah : Proses sentuh
Carta alir berikut meringkaskan proses penghasilan asid sulfurik:
3 peringkat penghasilan asid sulfurik boleh dihuraikan seperti berikut berdasarkan carta alir di atas :



KEGUNAAN ASID SULFURIK :

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DALAM PEMBUATAN ASID SULFURIK:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...