Friday, 22 July 2011

FAKTOR - FAKTOR KADAR TINDAK BALAS

5 faktor mempengaruhi kadar tindak balas:

  •  saiz bahan tindak balas
  •  kepekatan bahan tindak balas
  • suhu tindak balas
  • tekanan (bagi gas)
  • Kehadiran mangkin
  •  
    FAKTOR SAIZ BAHAN :
    • Semakin saiz KECIL, kadar tindak balas BERTAMBAH kerana LUAS PERMUKAAN terdedah   BERTAMBAH untuk tindak balas.
    • Semakin saiz BESAR kadar tindak balas BERKURANG kerana LUAS PERMUKAAN terdedah BERKURANG untuk tindak balas.

      FAKTOR KEPEKATAN BAHAN TINDAK BALAS
      • Kepekatan TINGGI  kadar tindak balas TINGGI
      • Kepekatan RENDAH kadar tindak balasRENDAH 

      FAKTOR SUHU :
      • Suhu TINGGI  kadar tindak balasTINGGI
      • Suhu RENDAH kadar tindak balas RENDAH.

      FAKTOR TEKANAN (GAS):
      • Tekanan TINGGI kadar tindak balasTINGGI 
      • Tekanan RENDAH kadar tindak balas RENDAH

      FAKTOR MANGKIN : 
      • Mangkin ialah bahan yang MEMPERCEPATKAN kadar tindak balas tetapi tidak berubah diakhir tindak balas.
      • Ciri – ciri mangkin:
        • TIDAK BERUBAH secara kimia
        • Diperlukan dalam kuantiti SEDIKIT
        • Tidak mengubah kuantiti HASIL tindak balas
        • Boleh TERNYAHSALI/ MUSNAH dengan kehadiran bendasing
        • Kereaktifan boleh ditingkatkan melalui kehadiran PENGGALAK
        • Tindakan KHUSUS/SPESIFIK

      Kadar tindak balas meningkat apabila:
      - Saiz kecil bertambah
      - Kepekatan tinggi
      - Suhu tinggi
      - Tekanan tinggi
      - Kehadiran mangkin

      MAKSUD KADAR TINDAK BALAS

      - KELAJUAN tindak balas berlaku.
      -Kadar tindak balas berkadar  SONGSANG dengan masa
      - Kadar tindak balas  TINGGI = masa singkat untuk tindak balas lengkap
      - Kadar tindak balas PERLAHAN = masa panjang untuk tindak balas lengkap
      - Tindak balas lengkap = kadar tindak balas SIFAR


      MESTI INGAT !!!
      Penentuan kadar tindak balas adalah berdasarkan
      pemerhatian..
      maksudnya pemerhatian dilakukan dengan menggunakan 5 deria.... 
      jadi...
      tindak balas yang berlaku ditentukan melalui perubahan:
      -  Isipadu gas dibebaskan
      -  Kuantiti bahan tindak balas
      -  Perubahan warna
      -  Perubahan pH
      -  Perubahan suhu
      -  Pembentukan mendakan
       

      -  Perubahan kekonduktiviti elektrik 

      Tuesday, 19 July 2011

      TIPS EKSPERIMEN FORMULA EMPIRIK

      2 jenis eksperimen yang bergantung kepada kereaktifan oksida logam
      LOGAM REAKTIF
      Formula empirik ditentukan dengan membakar logam dalam udara (tindak balas pengoksidaan)
      contoh oksida logam reaktif seperti :
      Magnesium oksida
      Kalsium oksida 
      Zink oksida 
      Aluminium oksida 
      susunan radas untuk penentuan formula empirik oksida logam reaktif :
      Pemerhatian :

      Bahan
      Jisim
      Jisim mangkuk pijar + penutup
      X g
      Jisim mangkuk pijar + penutup + pita magnesium
      Y g
      Jisim mangkuk pijar + penutup +  magnesium oksida
      Z g
                     
      Pengiraaan : 
      Jisim magnesium = (y – x ) g
      Jisim oksigen berpadu dgn magnesium = (z – y )g   
           
      Unsur
      Mg
      O
      Jisim
      ( y – x )g
      (z – y) g
      Bilangan mol
      ( y – x ) g
          24
       (z – y) g
          16
      Nisbah terkecil
      a
      b
                                
       [jisim atom relatif : Mg =24, O=16]
      Formula empirik Magnesium oksida = MgaOb 
      Langkah berjaga-jaga:
      1.pita magnesium dibersihkan dengan kertas pasir untuk menyingkirkan sebarang oksida yang terbentuk
      dipermukaan logam magnesium.
      2. semasa pemanasan, penutup mangkuk pijar mesti dibuka sekali sekala bertujuan :
         - penutup dibuka untuk tujuan membenarkan oksigen dari udara masuk bertindak balas dengan magnesium.
         -penutup ditutup untuk mencegah wasap putih magnesium oksida yang terbentuk daripada terbebas keluar.

      LOGAM KURANG REAKTIF 
      Formula empirik ditentukan dengan menjalankan tindak balas penurunan dengan hidrogen. Hidrogen yang reaktif boleh menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang aktif (tindak balas penurunan)
      contoh oksida kurang reaktif :
      kuprum oksida
      plumbum oksida
      argentum oksida
      susunan radas untuk penentuan formula empirik oksida logam kurang reaktif :
       
      Pemerhatian :

      Bahan
      Jisim
      Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos
      a  g
      Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos + kuprum(II) oksida
      b  g
      Jisim tiub pembakaran + kertas asbestos + logam kuprum
      c  g
                      
       Pengiraaan : 
      Jisim kuprum(II) oksida yang digunakan  = (b – a ) g 
      Jisim logam kuprum yang dihasilkan = (c – a ) g 
      Jisim oksigen berpadu dgn kuprum = ( b – c )g   
           
      Unsur
      Cu
      O
      Jisim
      ( c –  a)g
      (b – c) g
      Bilangan mol
      ( c – a ) g
          64
       (b – c) g
          16
      Nisbah terkecil
      p
      q
      [jisim atom relatif : Cu =64, O=16]
      Formula empirik Kuprum(II) oksida = CupOq 
      Langkah berjaga-jaga:
      1.Gas hidrogen dilalukan melalui radas selama beberapa minit untuk memastikan semua udara disingkirkan.
      2.Pengaliran gas hidrogen mesti berterusan sepanjang eksperimen supaya udara tidak masuk kedalam radas
      jadi hidrogen dihujung tiub pembakaran mesti terus menyala.
      3.Semasa penyejukkan logam, gas hidrogen berterusan dialirkan untuk mengelakkan logam yang masih panas
      dioksidakan semula oleh oksigen diudara.

      FORMULA EMPIRIK

      Formula empirik ialah formula kimia yang mewakili nisbah teringkas atom untuk setiap atom dalam sebatian.





      MESTI INGAT !!!!!

      Tips menjawab soalan formula empirik.. Nampak sahaja soalan bertanyakan tentang FORMULA EMPIRIK, mesti buat JADUAL untuk menjawab...







      Monday, 18 July 2011

      PENULENAN LOGAM


      MESTI INGAT!!!!
      Katod : logam tulen
      Anod : logam tak tulen
      elektrolit : larutan mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan

      PEMERHATIAN :
      Katod 
      Pemerhatian: jisim bertambah / katod menebal / terdapat enapan logam.
      Inferens : ion logam dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam

      Anod 
      Pemerhatian : jisim berkurang / anod menjadi nipis
      Inferens : anod logam melarut membentuk ion dengan melepaskan elektron

      Elektrolit 
      Pemerhatian : kepekatan warna larutan tidak berubah.
      Inferens : kepekatan ion dalam elektrolit tidak berubah

      Contoh:
      Penulenan logam kuprum daripada logam tak tulen
      Katod :logam kuprum tulen
      Anod : logam kuprum tak tulen
      Elektrolit : larutan kuprum (II) sulfat


      Pemerhatian :


       PEMERHATIAN :
      Katod :katod menebal
      Inferens : ion kuprum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam kuprum
      Anod : Anod menjadi nipis
      Inferens : Anod kurpum melepaskan elektron menjadi ion kuprum
      Elektrolit : Kepekatan larutan argentum nitrat tidak berubah
      Inferens : kepekatan ion kuprum dalam elektrolit tidak berubah

      PENYADURAN LOGAM

      MESTI INGAT!!!!
      Katod : objek yang hendak disadur
      Anod : logam penyadur
      elektrolit : larutan mengandungi ion logam penyadur

      PEMERHATIAN :
      Katod 
      Pemerhatian: jisim bertambah / katod menebal / terdapat enapan logam.
      Inferens : ion logam penyadur dinyahcas dengan menerima elektron membentuk logam pada benda yang hendak disadur.

      Anod 
      Pemerhatian : jisim berkurang / anod menjadi nipis
      Inferens : logam penyadur melepaskan elektron membentuk ion.

      Elektrolit 
      Pemerhatian : kepekatan warna larutan tidak berubah.

      Contoh 1:
      Penyaduran sudu oleh logam argentum:
      Katod :sudu
      Anod : logam argentum
      Elektrolit : larutan argentum nitrat


      Pemerhatian :
      Katod : Sudu menebal kerana satu lapisan argentum berkilau terbentuk.
      Inferens : ion argentum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam argentum
      Anod : Menjadi nipis
      Inferens : Anod argentum melepaskan elektron menjadi ion argentum
      Elektrolit : Kepekatan larutan argentum nitrat tidak berubah.

      Contoh 2 :
      Penyaduran kunci oleh logam kuprum
      Katod : kunci
      Anod : logam kuprum
      Elektrolit : Larutan kuprum(II) sulfat

      sumber video youtube :klik to you tube page
      PEMERHATIAN :
      Katod : kunci menebal kerana satu mendakan perang kuprum terbentuk.
      Inferens : ion kuprum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam kuprum
      Anod : Menjadi nipis
      Inferens : Anod kuprum melepaskan elektron menjadi ion kuprum
      Elektrolit : Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat tidak berubah.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...