Monday, 18 July 2011

PENYADURAN LOGAM

MESTI INGAT!!!!
Katod : objek yang hendak disadur
Anod : logam penyadur
elektrolit : larutan mengandungi ion logam penyadur

PEMERHATIAN :
Katod 
Pemerhatian: jisim bertambah / katod menebal / terdapat enapan logam.
Inferens : ion logam penyadur dinyahcas dengan menerima elektron membentuk logam pada benda yang hendak disadur.

Anod 
Pemerhatian : jisim berkurang / anod menjadi nipis
Inferens : logam penyadur melepaskan elektron membentuk ion.

Elektrolit 
Pemerhatian : kepekatan warna larutan tidak berubah.

Contoh 1:
Penyaduran sudu oleh logam argentum:
Katod :sudu
Anod : logam argentum
Elektrolit : larutan argentum nitrat


Pemerhatian :
Katod : Sudu menebal kerana satu lapisan argentum berkilau terbentuk.
Inferens : ion argentum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam argentum
Anod : Menjadi nipis
Inferens : Anod argentum melepaskan elektron menjadi ion argentum
Elektrolit : Kepekatan larutan argentum nitrat tidak berubah.

Contoh 2 :
Penyaduran kunci oleh logam kuprum
Katod : kunci
Anod : logam kuprum
Elektrolit : Larutan kuprum(II) sulfat

sumber video youtube :klik to you tube page
PEMERHATIAN :
Katod : kunci menebal kerana satu mendakan perang kuprum terbentuk.
Inferens : ion kuprum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam kuprum
Anod : Menjadi nipis
Inferens : Anod kuprum melepaskan elektron menjadi ion kuprum
Elektrolit : Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat tidak berubah.

4 comments:

  1. larutan mengandungi ion logam penyadur apa maksudnya

    ReplyDelete
  2. larutan mengandungi ion logam penyadur apa maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh mcm nak sadur sudu argentum....larutan tu msti ada ION argentum

      Delete
  3. mengapa kepekatan elektrolit tidak berubah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...