pelajar2 ku yang tersayang....
berikut adalah format kertas peperiksaan SPM untuk anda ketahui :
FORMAT INSTRUMEN :
1 | Jenis Instrumen | Ujian Objektif | Ujian Subjektif | Ujian Subjektif |
2 | Jenis Item | Item objektif:
Pilih Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan A,B,Cdan D | Item subjektif:
Bhg A: Item Berstruktur
Bhg B: Item respons Terhad
Bhg C: Item respons terbuka. | Item subjektif:
Item Berstruktur
Item Respons Terbuka. |
3 | Bilangan Soalan | 50 (Jawab semua) | Bahagian A:
6 item (jawab semua)
Bahagian B :
2 item (Pilih satu)
Bahagian C :
2 item (Pilih satu) | Item Berstruktur:
2 item (Jawab semua)
Item Respons Terbuka
1 item (wajib) |
4 | Jumlah Markah | 50 | 100 | 50 |
5 | Cara memberi respons | Ditanda pada borang OMR | Ditulis pada ruang dalam kertas soalan | Ditulis pada ruang dalam kertas soalan |
6 | Tempoh Ujian | 1 jam 15 minit | 2 jam 30 minit | 1 jam 30 minit |
7 | Wajaran Konstruk | Pengetahuan-25
Kefahaman-15
Aplikasi-10 | Pengetahuan 14
Kefahaman 21
Aplikasi 29
Analisis 21
Sintesis 15 | Kemahiran Proses Sains:
16 aspek dengan 3 skor maksimum |
8 | Aras Kesukaran | R:S:T : 5:3:2
(25 item mudah15 item pertengahan; 10 item sukar) | R:S:T : 5:3:2
(50 skor mudah : 30 skor pertengahan : 20 skor sukar) | - |
9 | Alat Tambahan | Kalkulator saintifik | Kalkulator saintifik | Kalkulator saintifik |
PANDUAN MENJAWAB
Kertas 1 (Objektif)
Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara. Baca semula dan cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan. 50 soalan –75 minit termasuk semakan.
Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
Kertas 2 (Struktur)
Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab. (rujuk tips menjawab)
Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
Kertas 2 (Esei)
Baca semua soalan dengan teliti
Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi isi yang tepat dan terbanyak
Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah. Ini boleh digunakan sebagai panduan panjang jawapan. [1 markah – 1 poin]
Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah berlabel,graf,jadual atau persamaan kimia.
Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
Kertas 3
Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab dengan baik.
Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens, meramal,berkomunikasi,
menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat
hipotesis harus dikuasai.
Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret, jam randik dan sebagainya.
Buat latihan melukis graf.
Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
SUMBER :
Perfect Score Kimia SBP versi Bahasa Melayu. Untuk versi Bahasa Inggeris
http://www.pahaikan.com/teknik_menjawab_kimia.php