HARI SAINS DALAM PENDIDIKAN
Alhamdullilah
HARI SAINS DALAM PENDIDIKAN 2015
Ingin dikongsikan tentang kenangan membuat demo eksperimen dengan pelajar...
demo ini semua tercetusnya hasil daripada silibus kimia yang diolah dalam cara yang lain setelah diuji, diteliti dan dirujuk dari pelbagai sumber maka terhasillah demo ini
kisah demoa pertama ;
NAMA = JIN DALAM BOTOL
tapi lupa nak bgtau time demo..hehehe
konsep jin dalam botol ni adalah bab kadar tindak balas faktor mangkin
dalam demo ini menggunakan Hidrogen peroksida 35% dengan kehadiran mangkin Mangan (V) oksida maka terhasilah penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen
asap yang keluar itu lah seolah-olah asap jin dari botol yang sebenarnya gas oksigen...
tada... asap misteri yang terhasil hasil penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen dengan kehadiran mangkin
Demo kedua
NAMA DEMO : BUIH GERGASI
yang biasa ja. menghasilkan buih yang besar.. sebenarnya ni adalah konsep sabun ada juga dalam silibus kimia tingkatan 5..
cara penyediaanya sabun mesti joy sebab kepekatannya tinggi ditambah dalam air, tepung jagung dan gliserin...
besar juga buih yang terhasil.. tapi kalau perap lama siki lebih baik dan akan dapat buih yang lagi tahan lama sebab campuran akan sebati dengan gliserin.
Demo ketiga
NAMA DEMO ; bakar tangan
demo ni menggunakan air dan sabun di campur dan gas butana ditekan membentuk buih..
tangan akan dibasahkan dengan air sabun dan diambil buih dan dibakar ditangan tanpa mencederakan tangan...
demo ni juga menggunakan konsep kimia ada dlm silibus tingkatan lima iaitu pembakaran alkana
butana adalah salah satu daripada siri homolog alkana
pembakaran alkana akan menghasilkan api yang mempunyai nyalaan jingga yang kurang panas...
sebenarnaya konsep asas pembakaran digunakan dalam demo ni iaitu apabila salah satu daripada syarat pembakaran dihalang pembakaran tidak akan berlaku iaitu tangan tidak terbakar kerana tangan dilindungi oleh air dan buih-buih sabun..
bahan bakar iaitu gas butana terperangkap dalam buih sabun menyebabkan tangan diterselamat daripada terbakar...
tada... bakar tangan yang menjadi demo yang paling popular.. apa pn sebenarnya sains adalah sangat menarik bila diterokai...
Congrats to cg zai n d team
ReplyDeleteU all hv done a great job