MESTI INGAT!!!!
Katod : objek yang hendak disadur
Anod : logam penyadur
elektrolit : larutan mengandungi ion logam penyadur
PEMERHATIAN :
Katod
Pemerhatian: jisim bertambah / katod menebal / terdapat enapan logam.
Inferens : ion logam penyadur dinyahcas dengan menerima elektron membentuk logam pada benda yang hendak disadur.
Anod
Pemerhatian : jisim berkurang / anod menjadi nipis
Inferens : logam penyadur melepaskan elektron membentuk ion.
Elektrolit
Pemerhatian : kepekatan warna larutan tidak berubah.
Contoh 1:
Penyaduran sudu oleh logam argentum:
Katod :sudu
Anod : logam argentum
Elektrolit : larutan argentum nitrat
Pemerhatian :
Katod : Sudu menebal kerana satu lapisan argentum berkilau terbentuk.
Inferens : ion argentum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam argentum
Anod : Menjadi nipis
Inferens : Anod argentum melepaskan elektron menjadi ion argentum
Elektrolit : Kepekatan larutan argentum nitrat tidak berubah.
Contoh 2 :
Penyaduran kunci oleh logam kuprum
Katod : kunci
Anod : logam kuprum
sumber video youtube :klik to you tube page
PEMERHATIAN :Katod : kunci menebal kerana satu mendakan perang kuprum terbentuk.
Inferens : ion kuprum dinyahcas dengan menerima elektron menjadi logam kuprum
Anod : Menjadi nipis
Inferens : Anod kuprum melepaskan elektron menjadi ion kuprum
Elektrolit : Kepekatan larutan kuprum(II) sulfat tidak berubah.
larutan mengandungi ion logam penyadur apa maksudnya
ReplyDeletelarutan mengandungi ion logam penyadur apa maksudnya
ReplyDeletecontoh mcm nak sadur sudu argentum....larutan tu msti ada ION argentum
Deletemengapa kepekatan elektrolit tidak berubah
ReplyDeleteSaya pun nk tny soalan yg sama
DeleteWhre's the procedure
ReplyDeleteapa nak jwb kalau dia tanya.. APAKAH ION YANG HADIR DALAM LARUTAN CuSO4
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteCu²+, SO4²-
DeleteTukar background saya tak nampak apa cikgu tulis.bye
ReplyDeletekenapa kepekatan warna larutan tidak berubah?
ReplyDelete